
Ramai yang kehilangan ribuan Dollar hanya kerana tersilap tekan ! Termasuk Saya !.
Pernah sekali Saya tersilap beli Euro/USD sebanyak lebih kurang USD120,000 pada masa yang salah tanpa meneliti pasaran terdahulu , hanya kerana Saya pernah dapat banyak keuntungan pada trading sebelum ini.
Semasa bersembang dengan seorang lagi trader dia membuka pendapat bahawa Eropah mengalami kemerosotan ekonomi dan nilai Euro tidak akan naik buat sementara waktu. Oleh kerana Saya takut kehilangan semua modal , Saya menjual semua wang tersebut dengan nilai yang lebih rendah dari yang Saya beli sebelum ini dan Saya mengalami kerugian lebih 1000 USD dalam masa 3 hari.
Hanya tiga jam selepas saya menjual Euro/USD melonjat naik sehingga 200pip . Jika Saya simpan lagi 3jam saya mungkin dapat untung lebih 1200USD.
Saya ingin kongsi sedikit panduan menjual beli dari pengalaman Saya :
- Jangan menjual atau membeli jika Anda dalam keadaan tertekan atau sangat penat.
- Jangan menjual beli dengan hanya mengikut panduan Orang lain.
- Jangan membeli dengan semua modal Anda , Hanya menggunakan 50 % daripada modal untuk membeli matawang dan bakinya simpan untuk emergensi.
- Hanya menggunakan 10% daripada simpanan Anda untuk meniaga forex.
- Jangan percaya sangat dengan khabar angin.
- Menunggu dengan sabar sehingga keadaan matawang stabil sebelum membeli.
- Jangan tergesa-gesa untuk membeli kerana Anda mungkin membuat keputusan yang salah atau tertipu dengan Graf.
- Jangan terlalu Agresif untuk membeli kerana jika terlepas sebuah peluang , peluang lain akan ujut , sabar.
- Memberanikan diri untuk menanggung kerugian sebelum membeli.
- Sesudah membeli jangan fikir pasal rugi lagi.
- Jangan simpan sesuatu matawang untuk masa yang lama , Jika Anda simpan dikenakan caj rolled Over fee oleh syarikat forex berkenaan.
- Kalau boleh jual pada hari yang sama.
- Jangan tamak untuk mendapat keuntungan yang banyak.
- Menunggu dengan sabar sehingga keadaan matawang stabil sebelum membeli.
No comments:
Post a Comment