Saturday, December 18, 2010

Tips Dagangan Forex


Sebagai permualaan jangan mendagang banyak kembaran matawang sekaligus . Saya mensyorkan kepada anda untuk mendagang satu atau dua pair sahaja untuk 1 bulan pertama dan tambah 1 pair untuk setiap bulan berikutnya , Kecuali Anda sangat pandai dan berani mengambil risiko kehilangan semua Modal .

Pasangan yang saya cadangkan ialah

  1. Euro/USD
  2. USD/ AUD
  3. USD/JPY
Pasangan-Pasangan tersebut lebih stabil dan bergerk dengan laju , resikonya agak tinggi tetapi boleh dapat pulangan keuntungan dengan beberapa jam sahaja.

Sebelum membeli sila pastikan anda menelitikan pasaran dengan lebih terperinci dan mengambil keputusan untuk Jual atau beli dengan betul .

Sila pastikan anda membeli atau menjual pada masa yang tepat , iaitu :

  1. Anda boleh membeli : Pada pasaran mula naik dari harga yang agak rendah dari harga asal , sekurang kurang nya 200pip .
  2. Anda boleh menjual : Pada pasaran mula turun dari harga yang agak tinggi dari harga asal , sekurang-kurangnya 200pip.
Awas Jangan tertipu dengan Graf kerana Graf mungkin terbalik dalam beberapa minit sahaja. Menelitikan dan bandingkan dengan pasangan matawang lain dan bandingkan dengan hari-hari yang lepas sebelum berusniaga.






Cara-Cara Membeli Matawang Asing













Membeli dan menjual matawang adalah sangat senang dengan satu klik sahaja Anda boleh menjual beli , Apa sahaja dan seberapa sahaja nilainya. Tetapi risiko yang Anda tanggung adalah mungkin boleh kehilangan semua wang pelaburan Anda .

Ramai yang kehilangan ribuan Dollar hanya kerana tersilap tekan ! Termasuk Saya !.

Pernah sekali Saya tersilap beli Euro/USD sebanyak lebih kurang USD120,000 pada masa yang salah tanpa meneliti pasaran terdahulu , hanya kerana Saya pernah dapat banyak keuntungan pada trading sebelum ini.

Semasa bersembang dengan seorang lagi trader dia membuka pendapat bahawa Eropah mengalami kemerosotan ekonomi dan nilai Euro tidak akan naik buat sementara waktu. Oleh kerana Saya takut kehilangan semua modal , Saya menjual semua wang tersebut dengan nilai yang lebih rendah dari yang Saya beli sebelum ini dan Saya mengalami kerugian lebih 1000 USD dalam masa 3 hari.

Hanya tiga jam selepas saya menjual Euro/USD melonjat naik sehingga 200pip . Jika Saya simpan lagi 3jam saya mungkin dapat untung lebih 1200USD.

Saya ingin kongsi sedikit panduan menjual beli dari pengalaman Saya :

  1. Jangan menjual atau membeli jika Anda dalam keadaan tertekan atau sangat penat.
  2. Jangan menjual beli dengan hanya mengikut panduan Orang lain.
  3. Jangan membeli dengan semua modal Anda , Hanya menggunakan 50 % daripada modal untuk membeli matawang dan bakinya simpan untuk emergensi.
  4. Hanya menggunakan 10% daripada simpanan Anda untuk meniaga forex.
  5. Jangan percaya sangat dengan khabar angin.
  6. Menunggu dengan sabar sehingga keadaan matawang stabil sebelum membeli.
  7. Jangan tergesa-gesa untuk membeli kerana Anda mungkin membuat keputusan yang salah atau tertipu dengan Graf.
  8. Jangan terlalu Agresif untuk membeli kerana jika terlepas sebuah peluang , peluang lain akan ujut , sabar.
  9. Memberanikan diri untuk menanggung kerugian sebelum membeli.
  10. Sesudah membeli jangan fikir pasal rugi lagi.
  11. Jangan simpan sesuatu matawang untuk masa yang lama , Jika Anda simpan dikenakan caj rolled Over fee oleh syarikat forex berkenaan.
  12. Kalau boleh jual pada hari yang sama.
  13. Jangan tamak untuk mendapat keuntungan yang banyak.
  14. Menunggu dengan sabar sehingga keadaan matawang stabil sebelum membeli.

Friday, December 17, 2010

Masa yang sesuai untuk menjual beli

  1. Tiada sebuah masa yang boleh ditentukan untuk menjual beli di Forex .
  2. Matawang boleh berubah Naik atau Turun dalam sekelip mata dan bila-bila masa.
  3. Mata wang akan membawa sebuah perubaha yang besar , naik atau turun pada Pagi dan Malam di negara - negara maju seperti Amerika , England , Eropah dan sebagainya.
  4. Mata wang akan membawa sebuah perubaha yang kecil , naik atau turun pada Tengah hari dan petang di negara - negara maju seperti Amerika, Eropah , England dan sebagainya.
  5. Untuk Masa diMalaysia ; Matawang Amerika , Euro dan Pound akan mengalami perubahan yang besar pada ( 6 - 11 pagi ) dan ( 8 - 11 Malam ) .

Tips Memperhatikan Pasaran



















  1. Memperhatikan Semua Pasaran besar dan penting sebelum membuat sebarang keputusan jual dan beli.
  2. Memperhatikan dan menilai bukan sahaja mata wang yang anda ingin membeli sebaliknya mata wang yang berkaitan dengannya.
  3. Memperhatikan dan membaca graf Sekurang-kurangnya selama sejam sebelum membeli atau menjual.
  4. Membuat sebarang keputasan dengan menggunakan pengaliran dan perubahan matawang di pasaran .
  5. US Dollar boleh membawa sebuah perubahan yang besar sama ada Naik atau Turun dan beberapa minit.
  6. Memperhatikan USD/EUR , USD/JPY walaupun anda tidak membelinya, Kerana perubahannya boleh membawa sebuah impak yang besar kepada matawang lain.

Cara Daftar Demo Account dengan Easy forex

1.Klik Disini
2.Pilih learn , Demo account
3. Masukkan Maklumat Anda dan daftar !

4. Mula belajar Forex dengan Akaun percubaan
5. Selamat Berjaya...



Cuba Dulu

Sebelum memulakan perniagaan Forex sebenar ; Saya mencadangkan kepada sesiapa yang baru hendak memulakan Perniagaan Forex atau belajar Forex , mulalah dengan menggunakan Demo atau training account.

Forex bukan seperti perniagaan yang lain Anda perlu sangat berhati -hati dengan keputusan Anda , kerana Anda mungkin boleh kehilangan semua modal dalam sekelip mata jika tersilap langkah.

Anda boleh untung beribu dollar sebulan dan Juga sebaliknya , Awas....


Daftar Demo Account dengan Easy Forex disini